Sunday, 1 November 2015

Kenapa nak sangat kahwin?


Assalamualaikum and Salam Sejahtera..


 Bismillah.

Bila cerita bab kahwin ni, ramai yang suka. Saya pernah bagi talk pasal kahwin, pergh, ramai gila orang datang. Tapi, bila sentuh bab Tarbiah ke, dakwah ke, sambutan tak sehangat yang topic kahwin la, cinta la, dan sebagainya.

Saya pun tak tahu apa yang best sangat bab kahwin ni. Tapi, apa yang saya nampak, sangat ramai orang yang tak faham pun pasal kahwin ni. Bahkan, ramai yang salah faham.

Di sebabkan itu, saya nak ulas beberapa isu berkenaan kahwin ni, dan apa kaitannya dengan dakwah dan tarbiah. Ye lah, saya rasa, saya kena explain bab kahwin ni pada korang atas banyak faktor. Antaranya, kalau korang nak tahu, purata statistic penceraian setiap tahun di Malaysia ialah sebanyak 27,000 kes. Bermakna, kalau kira, 27,000 bahagi dengan 365 bersamaan 73. Bermakna, sehari aka nada 73 kes cerai yang di daftarkan. 73 bahagi 24jam bersamaan 3. Means, setiap satu jam, ada 3 kes cerai di daftarkan.

Pergh. Kronik beb. Kronik. Sedih pulak rasanya.

Hmm..

Back to the topic.

Bila sebut pasal kahwin, zaman sekarang, budak darjah 1 dah berani kata “Aku nak kahwin dengan awak” dekat awek or pakwe dia. Belum cerita sekolah menengah, universiti bagai. Kadang-kadang, tension jugak nak handle benda ni.

Insyallah, saya akan hurai bab kahwin ni dalam beberapa aspek supaya korang boleh faham secara terperinci, dan harap-harap, bila korang faham benda ni, dapatla korang jadi lebih bertanggungjawab dan matang. Saya akan explain beberapa point:

1) Kenapa kena kahwin?
2) Kahwin awal atau lambat mana lagi bagus?
3) Isu keluarga yang menghalang perkahwinan?
4) Isu Istikharah
5) Kesimpulan

Ok, dah bersedia nak tenggelam dalam lautan perbincangan kita pada kali ni? Tarik nafas, turun nafas, pejam mata, betulkan niat, doa agar di beri kefahaman, buka mata. Kalau boleh, sediakan pen ataupun highlighter untuk garis point-point penting insyallah.

Jom mulakan!!!

KENAPA KENA KAHWIN?

Saya banyak kali handle kes orang yang nak kahwin ni, kebanyakannya, bila saya tanya:

“Kenapa kau nak kahwin sangat ni?”

80% bagi jawapan:

“Sebab aku nak tinggalkan maksiat….”

Saya mengeluh kecil.

Ramai orang dia nak kahwin sebab nak menghalalkan couple yang mereka telah lakukan sekian lama. Atau nak menghalalkan ikhtilat supaya mereka lepas-lepas ni boleh la mesej-mesej dan pegang-pegang semua tu dengan jalan yang halal. Sebab tu mereka nak kahwin.

Pokoknya, nak tinggalkan maksiat.

TAPI, adakah kahwin ni tujuannya hanyalah untuk nak tinggalkan maksiat??

Percayalah, percayalah!

Korang jangan ingat, lepas kahwin, maksiat yang korang buat tu akan hilang. Ramai orang ingat, kahwin ni, magik, lepas kahwin, insyallah dah tak buat maksiat.

Ada yang kahwin sebab tak nak ikhtilat, dan akhirnya dia kahwin. Tapi lepas kahwin, ikhtilat dengan perempuan lain, dan akhirnya curang. Puncanya kenapa? Sebab, sebelum kahwin mereka tak jaga ikhtilat. Kami dapat ratusan soalan macam ni.

Ada yang kahwin sebab tak nak tengok video lucah dah. Tapi lepas kahwin, mereka akhirnya jatuh juga ke kancah video lucah. Kami dah banyak kali handle kes dan soalan macam ni, dapat soalan si ayah tengok video lucah, ada kes si ibu tengok video lucah, bahkan sampai porak peranda sampai ada yang bercerai.

Ada yang kahwin sebab dah berzina dan terlanjur, dan untuk mengelakkan rasa malu dan nak rasa bertanggungjawab, mereka pun kahwin. Tapi, ada jugak banyak kes, si suami curang lepas kahwin, ada juga kes si isteri curang selepas kahwin dan sebagainya. Puncanya apa? Sebab sebelum kahwin mereka dah berlaku curang pada diri sendiri iaitu dengan berzina.

Akhirnya, korang jangan ingat dengan kahwin ni, korang mampu tinggalkan maksiat. Sungguh, korang kena tahu, bahawa, perkahwinan ni bukan magik.

Sebab tu, ingat pesan saya…

1) Kalau korang tak usaha nak tinggalkan video lucah sebelum kahwin, lepas kahwin pun korang akan rasa sangat susah nak tinggalkan video lucah.

2) Kalau sebelum kahwin korang masih susah nak tinggal drama cinta tak kisah la korea jepun bangla Hindustan melayu inggeris ke apa, dan korang dah hanyut dalam dunia fantasi lakonan yang konon-kononnya menggambarkan kisah cinta yang perfect, akhirnya bila korang dah kahwin, korang akan rasa KECEWA dengan percintaan tu, sebab rupa-rupanya dunia perkahwinan tu taklah seindah dan seperfect sepertimana yang korang baca dalam novel, tengok drama dan lirik-lirik lagu.

3) Kalau korang sebelum kahwin tak jaga ikhtilat dan bercouple clash, bercouple clash tak habis-habis, sekejap jumpa awek pakwe ni, ajak couple pastu clash dan berulang-ulang, selepas kahwin, amat susah untuk nak harmoni, akan berlaku benda yang sama, kita akan rasa suka pada pasangan yang lain, dah kahwin pun still bercinta dengan laki selain suami dan perempuan selain isteri, bergayut, dating dan sebagainya.

Dan sebagainya.

Mungkin korang rasa macam saya sangka buruk dan judge. Kalau korang rasa macam tu, saya minta maaf sunguh-sungguh. Bukan niat saya nak cop or ramal masa depan orang. Hidayah Allah tu luas. Tapi, apa yang saya cerita ni berdasarkan pengalaman saya handle ratusan kes. Dan benda ni memang real.

SEBAB TU LAH, bagi saya, kalau niat korang nak kahwin ni hanya semata-mata sebab nak tinggalkan maksiat, ia langsung tak kukuh.

Habis tu,  kalau dah kahwin dan masih buat maksiat, apa nak buat? Takkan nak cerai? Sebab matlamat tak tercapai.

Hmmm…

Kerana itulah saya nak sangat korang faham sungguh-sungguh, kahwin ni sebab apa actually? Kenapa perlu kahwin, adakah sebab nak puaskan nafsu semata, atau nak halalkan perhubungan semata, atau nak tinggal maksiat semata? Sebenarnya, perkahwinan ni jauh lagi luas daripada tu!

Kalau kahwin sebab nak tinggal maksiat, kalau kita dah berjaya tinggalkan maksiat lepas kahwin, whats next?

Kalau kahwin sebab suka dan cinta sangat si dia, lepas kahwin, kalau cinta dah pudar, whats next?

Whats next?

Sebab tu, matlamat kahwin kena betul-betul jelas, clear dan beragenda wahai kawanku!

Kalau saya tanya korang:

“Berikan 10 sebab kenapa korang nak kahwin?”

Rasa-rasa korang boleh ke jawab? Cuba tanya diri sendiri.

Ingat pesanan saya:

“Kalau kita kahwin sebab nak puaskan nafsu, kita akan jemu. Tapi, kalau kita kahwin kerana TAQWA, kita takkan jemu..”

Wahai kawan..

Actually, kahwin ni ada banyak sebab. Bukan nak puaskan nafsu semata. Sungguh. Saya akan senaraikan sebab-sebab kenapa kena kahwin, supaya lepas-lepas ni matlamat korang nak kahwin ni betul-betul jelas.

1) Aku nak kahwin sebab kahwin ni perintah Allah dan aku nak ikut sunnah nabi.

Ni first kita kena letak. Apa guna kahwin tapi bukan kerana Allah? Apa guna kahwin kalau hanya kerana nafsu? Apa guna kahwin tapi tak ikut sunnah nabi?

Bila kahwin bukan kerana Allah, just kerana cinta dan nafsu semata, akhirnya bila dah tak rasa cinta, terus bergegar rumah tangga dengan pergaduhan dan konflik. Ye lah, bila hidup takde Allah dalam hati, memang takkan tenang. Percayalah.

2) Aku nak kahwin sebab nak dapat TAQWA.

Apa kaitan kahwin dengan taqwa?

Nabi ada bersabda:

مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الْإِيمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

“Barangsiapa berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa dengan  separuhnya yang lain…”
(HR Tabrani)

Apa yang korang faham dari hadis ni?

Bermakna, hakikatnya, dengan kahwin nil ah jalan pintas untuk dapat taqwa! Bermakna, kahwin je sebenarnya dah menyelamatkan kita dengan banyak benda dah fitnah yang berlaku. Bila kita kahwin, seolah-olah kesempurnaan agama telah hadir pada diri kita. Tinggal, kita nak menjalankan projek TAQWA dengan pasangan kita agar kehidupan kita dan pasangan seiring dengan apa yang Allah dan rasul inginkan.

3) Aku nak bina keluarga islam.

Ni sangat penting beb! Kita nak kahwin supaya dapat membina legasi muslim, melahirkan anak dan mendidik anak dengan acuan islam yang sebenar, menanam benih-benih iman dan taqwa dalam jiwa anak-anak dari kecil hingga besar. Ini antara tujuan kita kahwin!

Berapa ramai yang langsung tak fikir pasal anak? Tak kisah apa nak jadi pada anak dia, merokok ke, couple ke, berzina ke, minum arak ke, layan ajnabi ke, keluar malam ke, tak solat ke, dia langsung tak ambik port. Apa yang dia tahu, nak anak dia kaya. Langsung tak fikir tentang agama sang anak.

Sedangkan kita nak melahirkan generasi muslim yang mengamalkan islam dengan menyeluruh! Sebab tu kena kahwin!

4) Aku nak elak diri dari fitnah maksiat.

Bila dah kahwin, kita akan rasa sangat mudah untuk jauhi maksiat, lagi-lagi maksiat bab mata dan kemaluan. Juga, ia menjaga kita dari berikhtilat, kerana bila dah kahwin ni, kita akan rasa sangat malu nak bergedik-gedikan dengan orang berlainan jantina.

5) Aku nak melajukan dakwah.

Bila dah kahwin ni, dakwah kita akan bertambah laju bila ada pasangan yang support dakwah dan tarbiah kita. Kalau kita tak kahwin sebab dakwah, akhirnya, bila kita nak buat dakwah dan pasangan kita tak support, kita akan rasa sangat tertekan dan boleh jadi, kita akan tinggalkan dakwah dan tarbiah. Bahaya!!

Tapi, bila suami isteri, dua-dua faham dakwah tarbiah, dan dua-dua aktif dalam berdakwah dan mentarbiah, fikrah yang sama, cara fikir yang sama, perjuangan yang sama, ia akan membuatkan dakwah kita makin laju!!

Nabi Muhammad di support oleh isterinya, Khadijah, Aisyah dan lain-lain. Kerana itu dakwah nabi sangat laju. Manakala, nabi Nuh dan nabi Lut, isteri mereka menentang dakwah mereka, itu antara faktor kenapa dakwah mereka tidak berkembang. Kerana apa? Kerana isteri sendiri menentang. Sebab tu, penting sangat memilih pasangan yang faham kehendak dakwah tarbiah!

Ini, kalau tak suami atau isteri yang tak faham dakwah tarbiah, bila suami nak pergi program usrah, isteri merajuk. Nak pergi program dakwah dua tiga hari, isteri merungut. Nak guna duit untuk infaq pada dakwah, isteri ungkit. Akhirnya, stress.

Saya dah jumpa ramai orang yang power dakwah, tapi, bila kahwin dengan pasangan yang tak buat dakwah, akhirnya, mereka kalah dengan godaan pasangan mereka, dan akhirnya tinggalkan dakwah tarbiah. Bahaya….

6) Aku nak kehidupan seharian aku terurus.

Bila kahwin ni, pasangan kita akan melengkapkan kelemahan-kelemahan kita. Misal kata, laki biasanya, bab kemas-kemas bilik, basuh baju, masak semua ni, fail sikitla. So, bila tak terurus, nant stress, bila stress, ia mengganggu kerja dakwah tarbiah kita. Tapi bila kahwin, isteri ni jadi pelengkap untuk mengurus benda-benda yang kita tak terurus.

Ada isteri tolong masak, gosok baju, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya.

Kalau boring, ada la orang untuk sembang, luah masalah bila emosi tak stabil, bleh bergurau senda, bergelak tawa, berkongsi cerita, dan sebagainya.

Actually banyak je lagi boleh list. Apa yang saya nak korang faham ialah, jelaskan matlamat kahwin ni. Bukan takat “nak halalkan hubungan” je setelah bertahun melakukan hubungan yang tak halal. Bila dah biasa buat benda haram ni, takkan rasa nikmat bila buat benda halal. Percayalah.

KAHWIN AWAL ATAU LAMBAT MANA LAGI BAGUS?

Ramai sangat orang, dia semangat nak kahwin, especially anak muda. Kemudian, dia pun  menggunakan alasan:

“Kahwin awal tu bagus. Janganla menyusah-nyusahkan perkahwinan. Di sebabkan orang sekarang ni menyusahkan perkahwinan lah, ramai anak muda terjebak dengan maksiat…”

Statement ni ada betul, pada masa yang sama, tak beberapa tepat sangat.

Pada belah mak ayah pulak, memang ada sesetengah tu, sangat tak suka bila anak dia minta nak kahwin awal ni. Atas alasan:

“Ala, belajarlah dulu, lepas belajar, kerja, dah ada duit nak sara duit, barulah fikir pasal kahwin-kahwin ni. Kau nak bagi isteri makan apa?”

Statement ni pun ada betulnya, tapi pada masa yang sama, kurang tepat.

Wahai kawan…

Yang sepatutnya kita fikir, bukanlah soal kahwin awal atau kahwin lambat. Ia adalah soal, kita dah mampu atau belum mampu? Adakah kita dah bersedia atau belum mendepani segala tanggungjawab dan beban perkahwinan yang bakal menimpa? Kita dah bersedia ke nak mengharungi segala kiku-kiku dan cabaran yang sangat besar selepas kahwin?

Ingat kahwin ni senang ke? Ingat kahwin ni sehari dua hari ke? Ingat perkahwinan ni sesimple apa yang kita sangka ke?

Ramai anak muda hari ni, sangat terpengaruh dengan movie dan drama yang di sajikan oleh media-media, tak kisahlah dari negara mana pun. Ramai orang ingat, kahwin ni macam yang dalam movie drama bagai. Cintan cintun, sweet-sweet, dapat pasangan yang perfect, tulang rusuk bergetar, couple, tengok wayang sekali, lepas tu merajuk-rajuk sikit, bagi hadiah, normal balik, dan sebagainya. Dengan novel cinta yang makin pelik-pelik di buatnya.

Ramai yang tertipu dengan tu semua!

Kahwin ni bukan seperti yang kita nampak dalam movie bagai semua tu! Sebab tu lah saya banyak kali tegaskan, betapa bahayanya kalau kita berhibur dengan hiburan yang macam tu.

Kawan..

Isu sekarang bukanlah isu kahwin awal atau lambat lagi bagus. Isu sekarang ialah, sejauh mana persediaan kita dalam menempuh bahtera perkahwinan ini?

Kalau rasa bersedia, bismillah, atur langkah dengan cara yang halal, dengan cara yang tak melanggar hukum syarak. Kalau belum bersedia, tak payah sibukkan diri fikir pasal cinta ni. Fokus benda lain!

Bila saya sebut “Bersedia” nak kahwin, bukanlah bermakna kita nak tunggu ada duit yang banyak, ada rumah, ada kereta sendiri. Bukan tu maksud saya. Tetapi apa yang saya maksudkan dengan bersedia ialah:

“Sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab perkahwinan, sejauh mana kita bersedia untuk memikul segala beban dan cabaran yang bakal berlaku dalam menempuh badai ombak dalam perkahwinan, sejauh mana kita FAHAM dengan JELAS matlamat dan tujuan perkahwinan…”

Bermakna, sedia ni bukan di nilai dari sudut luaran(duit, kerja, kereta, rumah bagai), tetapi, yang lebih penting dari itu ialah sudut luaran(hati, tanggungjawab, kefahaman, jelas matlamat dan sebagainya).

Faham ke?

Lagi satu nak sentuh jugak, kita jangan tunggu dah ada duit semua tu baru nak kahwin. Tapi, kalau kita rasa kita dah KENA kahwin dan PERLU kahwin, maka, terus jumpa mak ayah, bincang nak kahwin, lepas tu atur langkah nak kahwin. Sebab, bila dah bulat nak kahwin, insyallah automatic kita akan sungguh-sungguh nak dapatkan duit dan sebagainya. Means, atur langkah dulu, insyallah keperluan lain tu Allah akan mudahkan.

ISU KELUARGA MENGHALANG PERKAHWINAN?

“Ustaz, macamana nak yakinkan mak ayah untuk kahwin? Sebab mak ayah saya tak kasi….”

Ni antara soalan famous yang saya selalu dapat. Yep, isu mak ayah menghalang anak dia nak kahwin. 

First sekali, kita janganlah cepat sangat marah dan tak puas hati dengan mak ayah kita, bila depa tak kasi kita kahwin. Standard la tu. Tapi, apa yang kita perlu perhatikan ialah, atas dasar apa mak ayah kita tak kasi kita kahwin.

1) Ada mak ayah tak kasi anak dia kahwin sebab anak dia tak habis belajar lagi.

Biasanya dalam kes ni, mak ayah suruh kita habiskan belajar dulu, habiskan degree dulu, baru kahwin. Tapi sometimes, nak tunggu habis degree, stress jugak.

Tapi, sebenarnya, cara nak plot twist isu ni ialah, kita BUKTIKAN pada mak ayah kita yang kita mampu skor exam, dapat 3 pointer ke atas. BUKTIKAN pada mereka yang kita belajar sungguh-sungguh.

Sebab sebenarnya, mak ayah kita bukan tak nak kasi kita kahwin. Tapi dah tengok kita nak malas semacam, banyak tidur, tak habis-habis game movie game movie, exam result tak membanggakan langsung, sebab tu depa tak kasi kahwin.

Tapi, kalau kita yakinkan mak ayah kita, dengan kahwin ni, insyaAllah ianya langsung tak menjejaskan pelajaran kita, bahkan menguatkan lagi, dan pada masa yang sama, kita buktikan pada mak ayah kita result exam kita yang baik, insyallah mak ayah akan lembut hati. Percayalah.

2) Ada mak ayah tak kasi anak dia kahwin sebab takde duit dan takde kerja.

Ni pun satu kes yang biasa. Ayat famous:

“Kau nak bagi isteri makan apa nanti? Makan pasir??”

So, cara nak plot twist benda ni ialah, korang kena BUKTIKAN pada mak ayah orang yang korang ni pandai mengurus kewangan. Mak ayah kita risau bukan apa. Yelah, kita dahla jarang gila call diorang. Tetiba, call diorang nak mintak duit belanja. Lepas tu langsung tak menghargai duit belanja yang mak ayah kita kasi. Lepas tu, beli benda pelik-pelik, henset mahal-mahal, gi wayang, gi belanja bf/gf bagai, pastu merungut takde duit, lepas tu duit PTPTN dan sebagainya pun boros. Langsung tak menyimpan.

Memang harapanla mak ayah nak kasi kita kahwin kalau macam tu.

Cuba BUKTIKAN pada mak ayah korang yang korang ni pandai menyimpan, tak boros, ada simpanan yang stabil, tak selalu mintak mak ayah duit, bahkan boleh bagi duit bulanan pada mak ayah kita lagi. Barulah mereka yakin nak bagi kita jaga anak orang.

Saya ada kawan, mak dia kerja kilang je, dia pun bukan kaya pun, duit PTPTN pun cukup-cukup untuk bayar yuran universiti je. Apa dia buat? Dia makan sehari kadang-kadang seringgit je. Nasi kosong dengan kicap, separuh dia makan pagi, lepas tu simpan, sambung makan malam. Lepas tu sambil-sambil belajar, dia buat bisnes jual buku sikit-sikit. Akhirnya, dalam keadaan macam tu, dia still boleh bagi mak dia duit setiap bulan.

Actually, mak ayah kita bukanlah nak sangat kita dapat kerja baru kahwin. Tapi, mereka nak tengok sejauh mana kita bertanggungjawab atas pengurusan duit kita, ataupun kita ni langsung tak terurus. So, sebelum salahkan mak ayah, check diri dulu.

3) Ada mak ayah yang tak kasi kahwin sebab kita terlalu muda.

Yelah, muda ni biasanya tak matang, fikiran macam budak-budak, ilmu cetek, emosi tak stabil, tak serius nak baut something dan sebagainya.

So, buktikanlah pada mak ayah kita yang kita ni MATANG!!

Kalau tak habis-habis layan movie dan drama pastu menangis macam apa, atau dah besar tapi main game lagi sampai dua tiga pagi, bacaan harian pun novel je memanjang, memang harapanla nak kahwin.

Cuba buktikan yang kita ni matang, berfikiran rasional, bertanggungjawab pada family dan diri sendiri, rajin menuntut ilmu dan sebagainya, bahkan kita siap jadi rujukan pada mak ayah, mak ayah nak tanya pasal agama, diorang rujuk kita, barulah mereka yakin nak lepaskan kita.

Faham?

Dan baaaanyak lagi. Saya takut korang stress pulak baca panjang-panjang. Saya nak tulis pun lenguh jari. Haha. Saya harap, korang dapatla faham apa yang saya cuba nak sampaikan. Sebenarnya, kalau mak ayah kita tak bagi kita kahwin ni, ada reasonnya. So, kalau korang dapat buktikan dan yakinkan mak ayah korang, insyallah akhirnya mak ayah korang akan izinkan jugak.

Jangan putus asa minta mak ayah. Saya pun nak kahwin, berkali-kali mintak mak ayah saya nak kahwin. Awal-awal depa tak bagi, tapi bila kita mintak, mintak, mintak, mintak, akhirnya deparasa yang saya ni serius dan tak main-main, akhirnya mereka ajak saya berbincang, dan akhirnya izinkan saya kahwin.

ISU ISTIKHARAH?

Biasanya, bab kahwin ni, mesti orang akan relatekan dengan istikharah.

Dah solat istikharah, lepas tu apa tanda-tanda istikharah??

So, ada yang tunggu mimpi lah, hati tenang ke gelisah ke, atau ada petanda-petanda tetiba pokok sujud ke, dan sebagainya. Tapi, actually, itu tak semestinya tanda istikharah. Macamana nak tahu satu mimpi tu dari Allah ataupun dari iblis? Kalau nak ikut hati, hati ni bola balik kejap tenang, kejap gelisah. So, nak ikut mana satu?

So, kat sini saya listkan sikit petanda-petanda istikharah.

1) Nabi saw bersabda:

"Kebaikan adalah apa yang membuatkan hati kamu tenang dan nafsu kamu tenang, keburukan pula ialah apa yang membuatkan hati gelisah dan sering ragu-ragu.."
(HR Ahmad)

So, check hati betul-betul.

2) Bab jodoh, nabi bersabda:

"Seorang perempuan di nikahi kerana 4 perkara. Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Carilah yang mempunyai AGAMA, nescaya kamu akan beruntung.."
(HR Muslim)

Cari yang korang rasa paling bagus agamanya, dan yang paling korang rasa bagus untuk agama, dakwah tarbiah korang.

3) Bab memilih pula, nabi ada bagitau:

"Rasulullah andai di beri 2 pilihan, nabi akan pilih yang paling mudah selagi ia tidak mengundang dosa. Apabila ia mengundang dosa, maka beliau menjauhinya..."
(HR Muslim)

Means, andai benda yang korang buat tu korang rasa dosa, maka jauhilah ia. Namun andai ia terpelihara dan jauh dari dosa, maka pilihlah ia.

Contohnya, sebelum kahwin dah couple, ikhtilat, terlanjur bagai, dan perjalanan menuju perkahwinan tu di penuhi dengan najis-najis dosa, so, better elakkanlah.

4) Seorang ulama’ sebut:

"Amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :

من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ

Maksudnya:

"Dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat"
( Al-Madkhal, 4/41)

5) Istikharah ni bukan doa, solat, lepas tu tunggu petunjuk semata-mata. Itu bukan konsep istikharah.

Tetapi, ia juga adalah analisa, bincang, meneliti, lantas membuat pemilihan. Istikharah ialah memohon yg terbaik pada Allah dgn keputusan yg di buat setelah bincang, usaha dan doa yg terbaik.

Means, kita bukan kena istikharah je. Tapi, nabi ajar, istikharah dan BERBINCANG!

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

“Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ..."
(HR Tabrani)

Ibn Taimiyah hurai hadis kat atas, dia kata:

ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

"Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt..."

So, selalulah bincang dan mintak pendapat-pendapat kawan sekeliling dan juga family.

Wallahua’am.

KESIMPULAN

Sebagai penutup ni, saya nak kongsikan dengan korang satu kisah. Saya harap, korang fahamilah kisah ni sungguh-sungguh. Cuba dapatkan pengajaran sebanyak-banyaknya.

Okay?

Hayati kisah ni!!

***

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

“ Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku…”

Syeikh berkata:

"Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami tu jawab:

"Ya, mahu."

Syeikh tu pun bagitahu:

"Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya:

"Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh tu balas:

"Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.

Rasulullah bersabda:

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab:

"Ya, tentu sekali."

Syeikh tu pesan:

 "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

Wallahua’lam. Moga bermanfaat!!

-Adnin Roslan-

*Dapatkan buku Tarbiah Sentap, Momento, Cerpen Sentap, Aku Ingin Berubah, Tarbiah Basah serta Bedtime Stories Sentap di kedai buku berhampiran korang! Jadikan buku keluaran Tarbiah Sentap sebagai koleksi korang:)



No comments:

Post a Comment