Friday, 22 May 2015

Top Airlines Special Promotion May 2015

Assalamualaikum and SalamSejahtera..

Just be a promoted... Huhuhuhu..Zira baru jee terbace e-mel daripada someone.. OOO.. Patutlaa Kak Safiyyah mtk ngat e-mel,, nak bagi gift bagai.. Rupa2nya dye nk promote.... Huhuhuhuhu.. Pada, y ingin mendapatkan percutian y y di idam2kan dengan harga diskaun,, cepat2laa.. Sementara,, promosi still ad..

Check out this below
 Top Airlines Special Promotion May 2015
No 6-5, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Sinaran TTDI, Taman Tun Dr Ismail,60000,Kuala Lumpur
 

Wednesday, 13 May 2015

スピッツ / 楓


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

Someone asking me to hear this song.. I thinks this song is quite interesting..Walaupun lagu nie dah agak lama.. Tapi,, seriously.. Best tau... You ollz patut dgar by urself.. So,, I'll share this song with lyrics.. So,, kowang leh lah karok along with this song.. Hehehehehehe..



スピッツ (Spitz) - Kaede lyrics

Asuere wa shinai yo toki ga nagaretemo
Itazurana yaritori ya
Kokoro no toge sae mo kimi ga waraeba mou
Chiisaku maruku natteita koto

Kawarugawaru nozoita ana kara?
Nani wo mitekita kanaa
Hitorikiri ja kanaerarenai?
Yume mo atta keredo

Sayonara, kimi no koewo dai, te aruiteiku
Aa, boku no mama dedoko ma, de todoku darou

Sagashiteita no sa kimi to au hi made
Ima ja natsukashii kotoba
Garasu no mukou ni wa mizutama no kumo ga
Chirakatteita ano hi made

Kaze ga fuite tobasaresou na?
Karui tamashii de
Tanin to onajiyouna shiawase wo?
Shinjiteita noni

Kore kara, kizu tsuitari
Dare ga, kizu tsuketemo
Aa, boku no mama de
Doko ma, de todoku darou

Mabataki suru hodo nagai kisetsu ga kite

Yobiau namae ga kodamashihajimeru kikoeru?

Azira Jusoh

Thursday, 7 May 2015

Cara Membezakan Wanita Jepun, Korea dan China


Assalamualaikum and Salam Sejahtera..

gadis jepun
Gadis Jepun
Benua asia adalah antara benua yang paling unik di dunia. Pelbagai etnik yang ada di dalam benua asia dan menjadikan asia adalah sebuah benua yang berbilang bangsa dan kaum.
Dari segi ekonomi, negara asia yang paling maju ketika ini adalah negara China dan merupakan kuasa besar ekonomi dunia. Dengan memiliki jumlah penduduk antara terbanyak di dunia, kini China terkenal dengan sebuah pusat perindustrian yang berkembang pesat.
Dalam artikel kali ini saya ingin menyentuh tiga negara yang berada di benua asia iaitu  Jepun, Korea dan China. Mungkin ramai yang tidak dapat membezakan muka antara orang Jepun, Korea dan China. Kali ini saya akan membongkar rahsia untuk membezakan wanita Jepun, Korea dan China.
maria ozawa gadis jepun
Gadis Jepun ayu dengan pakaian batik.
JEPUN
1. Orang Jepun cenderung memiliki struktur wajah oval bermata besar dan hidung yang lebih jelas. Wanita Jepun sering memakai “make up” tebal memberikan kesan warna kulit putih pucat.
2. Perbezaan pada pakaian tradisional : Jepun pakai kimono panjang .
3. Cara percakapan: Orang Jepun bercakap seperti  gaya anak remaja zaman sekarang.
4. Bahasa Jepun sendiri menggunakan kanji tradisional yang berkait sama dengan Taiwan. Bahkan sebelum mempunyai karakter tulisan sendiri, semua dokumen ditulis dalam kanji. Hiragana dan katakana sebenarnya merupakan penyederhanaan karakter kanji. Hiragana dahulu hanya digunakan untuk kaum wanita golongan atas. Perbezaan tatabahasa membuat bahasa Jepun menggunakan kanji dengan hiragana.
5. Bagi wanita Jepun, definisi cantik bagi mereka bererti putih kulitnya tanpa ada bintik-bintik hitam dan sebagainya. Wanita Jepun juga peramah dan mudah mesra dengan semua orang .
gambar takako kitahara
Gadis Korea
KOREA
1. Orang Korea cenderung memiliki wajah menyanjung dengan tulang pipi tinggi/persegi dan mata kecil dengan kelopak mata tunggal.
2. Cara pemakaian : Orang Korea paling biasa saja, namanya ialah Hanbok .
3. Cara percakapan : Orang Korea percakapannya susah difahami  oleh orang bukan Korea.
4. Bahasa Korea juga menggunakan kanji tradisional. Budak sekolah sampai sekarang masih mempelajarinya sebagai HANJA. Hanya pada zaman Kaisar Sejong, diperkenalkan Hangul, yang sekarang dipakai untuk menulis semua perkataan, baik asli korea mahupun asing. Kalau percakapannya  dalam Hangul sama, mereka akan kembali melihat Hanjanya untuk memastikan erti yang dimaksudkan .
5. Wanita Korea bersikap lebih materialistik dan mereka amat mementingkan paras rupa . Oleh sebab itu sebilangan besar penduduk Korea melakukan pembedahan plastik.

takako kitahara
Gambar gadis Korea

gadis china
Gadis China
CHINA
1. Orang China cenderung memiliki wajah bulat daripada orang Korea dan Jepun. China adalah negara multi-etnis besar tidak seperti Korea dan Jepun (yang lebih etnis homogen) sehingga lebih sukar untuk membezakan atau mengeneralisasi.
2. Perbezaan pada pakaian tradisional :  Orang China pakai pakaian yang agak pendek.
3. Cara percakapan : Orang China nada percakapannya  kasar dan nada baik .
4. Kanji yang ada pada bahasa Mandarin, Jepun dan Korea berasal dari tempat yang sama iaitu China. Ketika ini, bahasa Mandarin menggunakan kanji sederhana (simplified kanji) yang dipopularkan oleh Beijing. Kanji tradisional  merupakan kanji masih dipakai di Taiwan. Tulisan Kanji adalah tulisan paling rumit dibandingkan dengan Hiragana, Katakana, ataupun Hangul (tulisan Korea).
5. Orang China kuno berpendapat sekiranya lebih kecil kaki mereka maka mereka akan  lebih cantik. Mereka mementingkan akhlak peribadi seseorang.
CopyRight from 
Azira Jusoh

Wednesday, 6 May 2015

AlKisahhhhh......


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...


Al-kisahhhnya bermula pada hari ini,, iaitu.. Mcm bese aqea selalu badmood xtente psal.. Maybe bcoz ubat kot.. Hahahahha.. Flu starting again.. Paling benci makan ubat tau...  
Ok berbalik pada entry ari nie,, dye ad antar something kat whatapps.. Hahahah.. Seriously,, Sweet!!!
Thanks Mr.CapitalA.

Semalam mase nak tidur Nur Azira binti Jusoh kte ye syg Mohamad Amirul Hilmi Bin Zakaria.. Lpas tu ye kte jgn tnggal ye.. Ye nk Mohamad Amirul Hilmi gop.. Amirul pn blas ye kte ye sayang gop Nur Azira binti Jusoh.. Lpas tu dyeorg gduh sape pling byak sayang ag.. Semasa Amirul xleh tdur,, Azira kte xpe sbab dye ad.. Akhirnya tdur laa kedua dua nye.. Tmat..

Seriusly dear,, So Sweet.. Soe for everything tau (TT_TT)

Azira Jusoh
CC: MR.CapitalA

Saturday, 2 May 2015

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...


 " Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat. InshaALLah :') " Sebab kebanyakan orang kata begitu, dari penyelidikan mata  aku pun selalu usha-usha orang yang dah kahwin. mesti cakap "Seiraslah dia." Tadi search dekat google carilah pasal hal ni.. tekan link dari beberapa blog dan yang ni yang menarik minat aku.. Aku just Copy and Paste je. Hahaha

Menurut DATUK DR FADZILAH KAMSAH lelaki dan perempuan akan cenderung pilih pasangan yg ada persamaan dengan wajah dorang ,Manakala Dr james fallon dari universiti california mendapati mesti ada sekurangkurangnya 12 tempat yg menjadikan pasangan itu  kelihatan seiras :)

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Berikut adalah 11 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Wajah Seiras 
Banyak teori mengatakan "wajah seiras jodoh kuat" tidak lupa juga yang beranggapan bahawa wajah seiras jodoh berpanjangan.Diberi akal fikiran utk memilih jodoh yg terbaik utk kita.tidak lupa juga berserah dan tawakkal,istikharah kdg2 melalui keselesaan kita bersama dgn pasangan atau melalui mimpi ,org tue2 kata mmg benar lah wajah seiras mmg jodoh kita dan kebanyakanya kekal berpanjangan.
3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
11. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Azira Jusoh