Wednesday, 12 February 2014

VALENTINE'S DAY


VALENTINE'S DAY

Ada apa pada Valentine's Day?

Apa hukum menyambut Valentine's Day
?
Menurut agama Allah yakni Islam, boleh tak jika nak sambut Valentine's Day?

Valentine's Day ialah hari berkasih sayang. Dalam Islam, BOLEH! SAMBUT HARI BERKASIH SAYANG dengan mak, ayah, adik-beradik, suami/isteri, sahabat/kawan sejantina, atau saudara-mara yang halal untuk kita sentuh. Dengan niat bukan untuk menyerupai agama lain, tetapi untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara seIslam dengan kita. Bahkan Islam mengajar umatnya berkasih sayang bukan sahaja pada 14 Februari, tetapi disunatkan setiap hari (dengan yang halal untuk kita sentuh).

Jadi, marilah kita berkasih sayang dengan yang halal untuk kita kerana untuk mencari redha Allah SWT semata-mata.

Akhir kata, sambut Hari Berkasih Sayang dengan yang haram untuk kita sentuh haram hukumnya dan api neraka semakin marak menyala sebagai persediaan untuk membakar orang yang berbuat begitu. Sebaliknya jika disambut dengan yang halal untuk kita sentuh, berserta niat kerana nak mencari redha Allah, sunat hukumnya dan pintu syurga menanti-nanti kemasukan hamba-hamba Allah yang taat padaNya.

♡♡♡SELAMAT BERKASIH SAYANG MENGIKUT AJARAN ISLAM♡♡♡

No comments:

Post a Comment