Thursday, 16 May 2013

Sesi pemilihan Biasiswa Tunas Potensi 2013


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Feeling zira ari nie,,happy kemain agimage..Nak tau knpe....hehe..Semua nie bermula dari satu sms yang berbunyi
"Anda telah dipilih ke sesi temuduga biasiswa Tunas Potensi. Sila semak emel anda untuk keterangan lanjut. Daripada : potensi@penerajuedu.com"

Alhamdulillah....Dapat ke sesi temuduga pun,,zira dah bersyukur sangat2....image

Lepas dapat jew sms nie,,cpat2 zira bke lappy..hehe..cm xsbar2 plak kan..bukan gelojohimageimage..tapi,, perkara yang baik janganlah dilengah-lengahkan..xgtu frew???
image
Sesi pemilihan Tunas Potensi 2013

imagefrom : no-reply@zoolooinfosys.com
imageto : nurazira.jusoh@yahoo.com.my

Salam Sejahtera En/ Cik NUR AZIRA BINTI JUSOH,

Tahniah! Anda telah disenaraipendek untuk sesi pemilihan biasiswa Peneraju Tunas Potensi.

Ini adalah sesi pemilihan terakhir, anda akan dikehendaki melalui beberapa aktiviti sepanjang sesi pemilihan 

Butiran sesi pemilihan anda adalah seperti berikut:-

Tarikh/Masa:22-May-2013 10:00
Tempat: The Zenith Hotel Kuantan Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Anda dikehendaki membawa semua dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah. Kegagalan anda untuk membawa dokumen berkenaan akan menyebabkan permohonan anda ditolak. Dokumen 3 hingga 13 yang disenaraikan di bawah perlu disahkan oleh Pengetua Sekolah, Guru kanan sekolah masing-masing, pegawai kerajaan gred A atau gred 41 ke atas sahaja.  

1. Sijil kelahiran pemohon yang asal dan satu salinan. 
2. Kad pengenalan pemohon yang asal dan satu salinan.
3. Sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon yang asal dan satu salinan yang membuktikan taraf Bumiputera. Jika tiada/kehilangan sijil kelahiran, perlu membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara. Sebagai panduan, sila rujuk http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan-kelahiran
4. Salinan kad pengenalan ibu dan/ atau bapa atau penjaga pemohon. 
5. Salinan kad pengenalan adik-beradik dan tanggungan yang anda senaraikan diborang permohonan anda. 
(Pastikan salinan muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama).
6. Salinan transkrip keputusan (SPM atau STPM/STAM) 
7. Salinan surat berhenti sekolah
8. Salinan surat testimoni sekolah (jika ada)
9. Salinan Sijil-sijil Ko-Kurikulum sekolah.
10. Salinan slip gaji/ borang cukai pendapatan/penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan dari majikan. 
11. Surat pengesahan tidak bekerja ibu atau /dan bapa atau penjaga pemohon dari pegawai kerajaan gred A atau gred 41 ke atas sahaja. 
12. Salinan sijil kematian/cerai ibu/bapa (jika berkenaan)
13. Salinan kad orang kelainan upaya bagi ibu/ bapa atau pemohon jika berkenaan. 
14. Surat pengesahan doktor atau hospital jika anda, ibubapa/ibu/bapa/penjaga mengidap penyakit kronik
15. Surat dari agensi atau jabatan jika anda mendapat bantuan kewangan – e.g. Jabatan Kebajikan masyarakat, zakat, dan lain-lain yang berkenaan.
16. Bil elektrik atau air yang menunjukan alamat tetap – Asal dan satu salinan.
17. Butiran bank akaun anda atau ibu/bapa/penjaga.

Anda dikehendaki hadir di tempat sesi dijalankan tepat pada waktu yang ditetapkan untuk proses pendaftaran.

Anda diminta untuk memberikan maklum balas dalam masa 24 jam dari tarikh e-mel ini dengan ‘login’ semula ke akaun permohonan anda dan klik “Akan Hadir” /“Tidak Akan Hadir”.

Log Masuk URL: http://potensi2013.penerajuedu.com
Log Masuk: nurazira.jusoh@yahoo.com.my
Kata Laluan: *********

(Jika anda terlupa kata laluan anda, klik “Dapatkan di sini”)

Sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang maklumbalas dari anda, kami menganggap anda tidak berminat untuk hadir ke sesi pemilihan ini.

Pihak Yayasan akan membayar balik sebahagian tambang perjalanan anda melalui bank akaun andaCalon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan sms bermula dari 1 hb Jun 2013. 

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas

Khidmat Sokongan Pemohon
Portal Biasiswa Tunas Potensi 

Alhamdulillah,,dah selesai..

P/s : Tolong doa2kan zira semasa sesi temuduga tu ea..Insyallah,,dapat....image
image
By : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment