Saturday, 18 May 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di TV3 menerusi slot Zehra mulai 29 Mac 2013. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.

Sinopsis

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.image
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia.image Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.image
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.image
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firashimage. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.image
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.image
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.image
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Watak Utama
imageTiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira
imageIzzue Islam sebagai Firash Arsyad

Watak Pembantu

imageQi Razali sebagai Haqimy
imageAzlee Khairi sebagai Raimy
imageUqasha Senrose sebagai Raina
imageWilma Muhammad sebagai Datin Farizah
imageMustapha Kamal sebagai Datuk Fakhrul
imageFezrul Khan sebagai Farish Adryan
imageMarissa Yasmin sebagai Puan Aida
imageAman Nassim sebagai Mie
imageIkhlas Jalil sebagai Fikri
imageMyza Rafika sebagai Fara
imageElya Miera sebagai Zara
imageNur Dayana Kamsun sebagai Imah
imageApple Sofea sebagai Sarah
imageErnida sebagai Awin

Penampilan Istimewa

imageFadhil Dani sebagai Tok M
iimageWan Maimunah sebagai Tok Wan

Watak Kanak-Kanak

imageBella Dowanna Halim sebagai Syafa Aqira (kecil)
imageFirdaus Ghufran sebagai Firash Arshad (kecil)
imageZuldavvien Izzya sebagai Syidah

Watak Tambahan

imageMegat Shamsuddin sebagai Imam
imageUjang Mohd Shariff sebagai Polis
imageMeor Wan Fareez sebagai Penyiasat
imageQasehku Al-Habshee sebagai Mak Andam
imageZetty Shahibullah sebagai Frisha
imageShieda Aris sebagai Mak Jah
imageAhmad Safi Ban sebagai Pengawal

THEME SONG




Lirik Lagu Kita - Fourteen (OST Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

Ulang Korus



By : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment