Sunday, 12 May 2013

~~*Hari-Hari adalah Hari Ibu ~~*


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

image


Everyday is Mother Day,,
I hope you Happy today,,
And I just want to say,,
That image everyday...

Kelmarin zira terbaca quotes mengenai Hari ibu  by Ustaz Azhar Idrus dilaman sosial Facebook,,bahawasanya menyambut Hari ibu tu adalah berdosa..!!!image


Jika benar haram maka hampir keseluruhan penduduk Islam di Malaysia nie telah melakukan sesuatu yang haram di sisi agama. Kalau dah haram tu maknanya kita telah melakukan dosa lah kan..betul tak?image


Zira bukanlah seorang alim-ulama ataupun pakar agama jauh sekali seorang ustaz. Siapa lah zira jika dibandingkan dengan Ustaz Idrus yang telah mengkaji beratus atau mungkin beribu-ribu kitab agama. Jauh perbezaan antara zira dan Ustaz Azhar Idrus.image

Ok..berbalik kepada cerita Hari Ibu...image

imageHari Ibu disambut oleh orang kristian.image


Perayaan hari ibu disambut oleh orang Greek Kuno dan Roman kuno untuk memuja ibu kepada dewa-dewa mereka.

Ternyata nawa itu(niat) mereka pada masa ini adalah untuk pemujaan dewa yang ternyata bertentangan dengan agama Islam.

Cuba lihat pada kenyataan perengan terakhir oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Zira rasa ramai juga umat Islam di dunia ini yang menyambut Hari Ibu. Tak payah kata di dunia, cukup dalam Malaysia ni sahaja. Malaysia mempunyai 28 juta penduduk dan 60.4% daripadanya adalah beragama Islam iaitu lebih kurang 17 juta daripada jumlah penduduk Malaysia. Andaikan jika separuh daripada masyarakat beragama Islam di Malaysia menyambut Hari Ibu. Ini termasuklah ahli-ahli PAS dan UMNO. Cuba bayangkan, jika menyambut Hari Ibu ini haram maka semuanya telah melakukan dosa. Betul tak?

Pada pendapat zira, mengucapkan Selamat Hari Ibu sahaja sudah membolehkan seseorang itu dikatakan menyambut hari ibu. Termasuklah menghantar ucapan SMS, email atau menghantar kad ucapan selamat hari ibu. Jadi kita semua yang telah berbuat perkara ini telah melakukan sesuatu yang haram. Itu pada pandangan zira lah. Pandangan korang,zira tak tahu la.

Zira nak bagi satu contoh. Kita ambil Facebook sebagai contoh. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg, seorang yahudi yang beragama Ateis. Facebook telah dilancarkan pada 4 Feb 2004.

Apa agama Ateis nie? 

Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan.

Andaikata, suatu hari nanti tarikh 4 februari ini dijadikan sebagai hari facebook sedunia. Adakah ianya juga haram dalam agama? Bagaimana pula dengan tsunami teknologi sekarang ini. Facebook telah menjadi satu kebiasaan malah hampir separuh daripada penduduk di Malaysia mempunyai akaun facebook. 

Bukankah sepatutnya pengunaan facebook ini juga adalah haram kerana pengasasnya adalah seorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

So, pada zira segala sesuatu yang kita lakukan itu harus dilihat pada niat atau nawa itu kita yang sebenar. Jika niat kita adalah untuk kebaikan, maka baiklah hasilnya. Sebaliknya, jika niat kita untuk mengagungkan sesuatu yang tidak baik maka hasil nya juga tidak baik.

Sabda Rasulullah SAW: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah S.A.W, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah S.A.W menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi selepas itu siapa? Rasulullah menjawab : Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi, seterusnya siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Kkemudian aku bertanya lagi seterusnya siapa? Lalu Rasulullah menjawab : Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Berdasarkan kepada hadis di atas, rasanya tidaklah menjadi kesalahan bagi kita untuk memberi penghargaan dan sanjungan kepada seorang insan bernama IBU. Apalah sangat sambutan hari ibu ini jika dibandingkan dengan tempoh masa seorang ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Amat wajarlah untuk kita memberi penghormatan kepada kasih dan sayang kepada mereka, dengan menjadikan satu tarikh tertentu itu sebagai hari yang penuh bermakna bagi kaum Ibu.
image
Apa yang terbaik bagi aku adalah dengan mengambil kira pendapat Jabatan Mufti Selangor.
    
Kenyataan Jabatan Mufti Selangor berhubung sambutan Hari Ibu ini.

image. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
image. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
image. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
image. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
image. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya.
image. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
image. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
bY : Nur Azira Jusoh
image

No comments:

Post a Comment