Sunday, 7 April 2013

Tasha Shilla kini bercinta dengan Mahali Jasuli


Assalamualaikum and Salam Sejahtera..


Aktres jelita Tasha Shilla kini dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.
Hubungan antara mereka berdua mula hangat diperkatakan selepas Mahali membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati lakonan Tasha menerusi rancangan "Meletup" yang disiarkan di Astro Ria dan turut memberitahu mereka pernah beberapa kali keluar bersama.
"Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kami pergi makan di Nando’s, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudian bila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berdua saja. Kalau tidak silap pada awal Mac lalu," kata Mahali yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Sementara itu, Tasha memberitahu bahawa dia selesa berkawan dengan Mahali dan mengakui selalu berhubung jika ada masa lapang.
"Saya selesa berkawan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bola sepak dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang, kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra, mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu."
Terdahulu, Tasha pernah membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berpunya, namun enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu. - sumber dari TUPAI

Tapi.....


Desas desus mengatakan Tasha Shilla kini hangat bercinta dengan pemain bola kebangsaan,, Mahali Jasuli apabila mereka semakin terbuka menunjukkan kemesraan mereka pada laman Twitter masing2...

Sebaik sahaja Mahali berjaya menjaringkan gol buat kelabnya,,Selangor semalam,, Tasha Shilla terus memuat naik statusnya di Twitter dengan mengatakan,, "Goal!! You are the best sayangku Mahali Jasuli"

TWEETS....~
By : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment