Saturday, 27 April 2013

Resipi Nasi Goreng Kampung


Assalamualaikum and Salam Sejahtera....

Antara menu paling mudah dan popular yang orang selalu order kat kedai makan, sebab susah kita nak jumpa nasi goreng kampung yang tak sedap kat kedai makan.. Tapi zira pernah jumpa.. Bukan tak sedap sangat pon, boleh makan lagi, tapi tersangat la sedih dan sayu memandangnya.. Nasinya kosong warna agak oren pudar dan hanya ada sedikit taburan ikan bilis.. Lain-lain memang takde.. Sangat sedih.. Tp dah orang belikan, makan la jugak..

Bila lapar , ni lah menu yang saya masak.. Rasa? Sedap la.. Hehe.. Tapi kalau orang makan dan minta kita buat lagi, mesti la sedap ye x.. Haha.. (Perasan).. Oklah, resepi ni saya minta dari someone iaitu en.google...


Bahan-bahan :
(Boleh makan untuk 6 orang bergantung pada perut masing2.. Hehe)
Segenggam ikan bilis (Separuh tumbuk, separuh goreng garing)
8 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Ayam/daging
Sayur kangkung/kacang panjang/sayur campur/sayur kobis/lobak merah
Nasi putih
Telur
Garam dan perasa tambahan

Cara-caranya :
1. Tumbuk ikan bilis, cili padi, bawang putih, bawang merah.
2. Goreng ikan bilis yang digaul dengan sedikit tepung gandum/tepung goreng ayam segera, kalau guna tepung gandum, campur jugak sikit aji no moto, sape xmakan aji, xpayah la ok :D
3. Tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk sampai naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan 2 sudu kecil garam, dan setengah sudu kecil aji no moto (guna sudu KFC tu hehe)
5. Masukkan ayam atau daging, atau apa2 je bahan basah yang korang suka..
6. Masukkan sedikit air.
7. Masukkan sayur, bergantung kepada sayur yang kita guna, kalau sayur kangkung masukkan bile dah nak angkat nanti, sebab kangkung cepat masak..
8. Masukkan Telur
9. Masukkan nasi dan gaul sampai la rata..
10. Kemudian taburkan ikan bilis yang sudah digoreng..
11. Sedia dihidang.

Nota : Telur boleh jugak dibuat mata kerbau.. Ikut selera masing-masing.. Kalau suka pedas, banyakkan cili padi tu.. Tips nak lagi sedap guna minyak bekas goreng ayam/ikan.. Tapi nasik akan jadi sedikit kuning la, sebab bekas kunyit kan..
By ;Nur Azira Jusoh


No comments:

Post a Comment