Thursday, 7 March 2013

" PENGORBANAN ABON & IBU "


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Mesti baca entry kali ini....This is because,,ia mengenai pergorbanan seorang ayah dan ibu terhadap anak-anaknya... I found this at page http://www.facebook.com/insyaallahmudahmudahanALLAHredha...Post nie telah menarik hati zira untuk membacanya.. Semoga post ini dapat memberi pengajaran kepada kita sebagai seorang anak untuk menghargai pengorbanan ayah dan ibu yang sangat bernilai...Hal ini demikian kerana mereka yang telah mendidik kita dari kecil sehinggalah kita dewasa supaya kita menjadi insan yang berguna untuk agama,,bangsa dan juga negara..Ibu bapa yang mana tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya..Semua ibu bapa mengimpikan impian yang sama..Untuk melihat anak-anak berjaya sehingga ke menara gading....Insyallah..


MESTI BACA : " PENGORBANAN ABON & IBU "

Saya dan adik kembar saya bukanlah dari DNA yang bijak.

Setiap peperiksaan kami perlu tekun belajar untuk mendapat lulus.

Setelah kami masuk ke universiti, abon dan umi sangat-sangat gembira.

“Abon akan masuk duit setiap bulan. Tekun belajar ya. Lima tahun dah boleh graduate,” kata abon sebelum meninggalkan kami di ibukota untuk pulang ke kampung bersama umi.

“Abon tak boleh tinggal lama. Besok kena kerja,” kata abon sambil memeluk kami dan mengucup dahi kami sebelum beredar.

Mata umi dan abon kemerahan ketika tiba di kereta. Muka abon dan umi nampak risau kerana ini kali pertama adik dan saya akan ditinggalkan untuk berdikari.

“Jaga adik, Mi. Motor itu bawa baik-baik. Jangan bawa cepat,” pesan umi yang akhirnya tidak dapat menahan air mata.

Melihat umi menangis, abon juga menangis.

“Lima tahun sekejap saja. Kita tunggu mereka,” kata abon sambil membawa umi pulang ke kampung.

Tahun pertama, adik dan saya lulus cemerlang dalam peperiksaan di kampus. Abon dan umi menghantar wang saku setiap bulan kerana kami tidak layak mendapat biasiswa.

Abon tidak mahu adik dan saya mengambil PTPTN kerana tidak mahu anak-anaknya dibebani hutang apabila graduate nanti.

“Abon susah sikit tak apa. Jangan ambil pinjaman. Sebab lepas keluar kerja nanti, Mi dan adik kena bayar pinjaman rumah dan kereta… dan macam-macam lagi hutang. Pendidikan Mi dan adik tanggungjawab abon. Usah risau,” kata abon.

Ada sekali motor kami kena curi. Abon terus menghantar wang untuk membeli motor second hand.

Masuk tahun keempat, adik dan saya kurang belajar… sehingga ada mata pelajaran yang gagal, tapi kami merahsiakan daripada abon dan umi.

Pada semester terakhir tahun keempat, kami pulang ke kampung.

“Setengah tahun lagi nak graduate dah anak saya. Abon cukup gembira,” kata abon.

Adik dan saya tidak berkata apa-apa.

Malam itu, di dalam bilik, adik menyergah saya.

“Sampai bila kita nak rahsiakan pada abon? Kita dah kena apply extension. Perlu bayar yuran. Kalau tak, bazir 4 tahun ini,” kata adik.

“Kamu hebat sangat, kamulah beritahu. Mengapa pandang kat abang?” saya menjawab balik.

Besok paginya, umi mengadu sakit di perut. Abon bergegas hantar umi ke hospital.

Pak Seman, jiran kami datang bertanya di hospital.

“Mak macam mana?” tanya Pak Seman.

“Tak tahu lagi. Doktor tengah check,” saya menjawab.

Pak Seman pergi berjumpa abon yang duduk termenung, kerisauan dan kepenatan di satu sudut.

“Din, Kak Mah kena henti kerja siang malam. Ini dah kali ke lima dia masuk. Doktor kan dah suruh minta Kak Mah jangan bekerja kuat sangat. Mengapa tak dengar? Nanti terjadi apa-apa, pasti menyesal,” kata Pak Seman.

“Setengah tahun saja lagi. Anak-anak saya nak graduate dah. Kak Mah tak nak anak-anak dia hidup susah di kampus, jadi kerja siang malam untuk hantar duit kat anak-anak. Saya tak guna. Tak ada pekerjaan tetap, Kak Mah bimbang ada bulan yang anak-anak tak dapat duit. Kebelakangan ini, dia buat 3 kerja, kerana anak-anak graduate perlu duit tambahan,” jelas abon.

Adik yang terdengar kata-kata abon terus menangis kerana rasa bersalah. Saya terikut menangis.

“Abon. Maafkan kami. Kami tak belajar baik-baik. Ada fail dua tiga matapelajaran jadi kena extend setahun lagi. Maafkan kami abon. Kami bersalah pada umi,” kata kami berdua.

Mata abon menjadi merah dan terasa ingin memarahi kami.

Abon tidak berkata apa-apa.

“Kamu berdua ini. Tahu tak abon dan umi kamu bertungkus-lumus tiap-tiap hari tak cukup tidur untuk pastikan kamu berdua graduate cepat-cepat cari kerja boleh hidup sendiri! Kesian abon kamu, toreh getah, buang sampah, jual surat khabar lama, pungut najis buat baja semua untuk kamu berdua. Kamu berdua cuma perlu belajar. Itu pun tak boleh buat,” kata Pak Seman yang membela abon.

“Abon maafkan kami. Kami dah tahu kami salah,” kata saya.

“Jangan bagitahu umi. Abon akan bagitahu umi bila umi sembuh nanti. Kamu berdua mulai sekarang belajar baik-baik. Abon kerja tak tidur pun akan pastikan kamu berdua graduate. Jangan hampakan abon dan umi lagi! Jika bagitahu umi, umi bukan buat tiga kerja, empat kerja pun umi akan buat sehingga kamu selesai belajar. Jangan bagitahu umi, umi dah sakit. Abon akan cuba selesaikan. Cuma minta kamu berdua belajar baik-baik,” kata abon yang menangis sambil memeluk kami berdua.

Senyum.


Jika anda tidak boleh menjadi penulis yang memberi manfaat, jadi pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain.
by : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment