Saturday, 2 March 2013

Kenali ciri-ciri lelaki pendera


Asslamualaikum and Salam Sejahtera...


Kenali ciri-ciri lelaki pendera

1. Terlebih Romantik Jangan layu bila pasangan terlali kerap
melontarkan kata-kata romantis seperti "
abang tak boleh hidup tanpa kamu" "abang
akan tetap setia sampai selamanya" "cinta
abang sentiasa mekar untukmu" sebaliknya
cuba hati-hati dan berfikir dengan waras, jangan termakan dengan janji manis yg
diucapkan. Perlu diingatkan bahawa lelaki
yang melakukan kekerasan pada mulanya
akan bersikap lembut dan penyayang 

2. Terburu-buru dalam hubungan Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah
lelaki ini terburu-buru mengajak
menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Dia selalu bersemangat untuk melangkah
ke tahap selanjutnya seperti bertunang
dan segera menikah walaupun sebenarnya baru saja mengenalinya. Jangan terburu-
buru mengiakan apa saja ajakanya,
sebaliknya cuba siasat untuk mengetahui
latar belakangnya sebanyak mungkin
supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

3. Cemburu buta Hati-hati bila pasangan anda terlalu
cemburu walaupun anda bersama teman
rapat atau saudara sendiri. Dia selalu ingin
anda memberi perhatian kepada dirinya
sahaja, dia juga minta anda melaporkan apa
sahaja kepadanya termasuk ke mana anda pergi, dengan siapa, sampai jam berapa dan apa saja anda lakukan. Sikap cemburu boleh
membuatkan orang hilang pertimbangan
dan berbuat apa sahaja diluar jangkaan. 

4. Terlalu Emosi Satu masa dia begitu ceria, gembira dan
ramah bercerita tapi sekelip mata dia
berubah menjadi pemarah, panas baran dan
langsung tidak mahu bercakap dengan
anda. Ketika anda bersamanya juga anda
mula merasa tidak bebas dan takut tersalah cakap kerana akan mengundang
kemaharan besar pada dirinya. Anda juga
rasa keliru dengan sikapnya yang tidak
konsisten. 

5. Sering merendah-rendahkan Sepatutnya sebagai pasangan, seorang
lelaki akan merasa bangga atau memberi
sokongan ketika anda menceritakan
kejayaan yang anda capai, akan tetapi
berlainan pula dengan lelaki pendera,
mereka suka memperleceh atau merendah- rendahkan anda
hanya kerana pakaian anda tidak kena
dengan seleranya, dia mengutuk diri anda
tanpa mengambil kira hati anda, segala
kehendaknya harus dituruti kerana jika
tidak, dia akan mengugut dan mengancam. diri akan berasa tdk yakin pada diri sendiri. 

6. Tidak boleh membantah Bukan saja kemahuanya harus diikuti, ia
juga tidak boleh dibantah kerana lelaki jenis
ini sukar menerima sebarang penolakan.
Jika dibantah anda menjadi mangsanya,
ketika ini wanita akan berasa takut tapi
lelaki pendera ini sangat pandai merayu dan memohon maaf atau memberi
penjelasan atas sikapnya seolah-olah ingin
menyatakan bahawa anda juga turut
bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
jadi mahu tidak mahu anda turut merasa
bersalah. 

7. Sentiasa menyalahkan Walaupun dirinya yang melakukan
kesalahan tapi sedaya upaya meletakkan
kesalahan pada orang lain. Lebih serius jika
dia meletakkan kesalahan itu pada diri anda
sendiri. 

8. Suka memberi hadiah Semalam dia memarahi anda teruk-teruk,
tetapi hari ini dia meminta maaf dan
memberi hadiah-hadiah yang anda sukai
sehingga anda tdk mampu memarahinya. 

9. Mengawal Kewangan Satu hal lagi, lelaki ini juga selalu mengawal
kewangan anda/ isteri. Sekiranya anda
bekerja, wang gaji anda mungkin diambil
atau dikawal.  Wanita, elakkan diri anda dari menjadi

mangsa penderaan!

P/S : Be with someone who won’t stay mad at you, who can’t stand not talking to you, and who’s afraid of losing you.
bY : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment