Friday, 22 February 2013

Suami pelindung kepada isterinya :) ♥


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...


Ini termaktub dalam ayat al-Quran seperti firman Allah swt:
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya….”
-Surah An-Nisa’: 34- 
Sistem Allah ini cantik dengan mencipta sistem yang adil. Tetapi mengapa timbul persoalan“Bolehkah Isteri bimbing suami??” Mengapa tidak suami yang membimbing isteri?? Bukankah ayat di atas jelas menunjukkan suami sebagai pelindung kepada isterinya (perempuan)??..
Sebagai lelaki atau suami peranannya adalah:

1. Pelindung kepada perempuan.
2. Ketua keluarga
3. Mendidik anak-anak
4. Mendidik Isteri.
5. Menjaga keselamatan keluarga.
6. Memberi nafkah kepada keluarga.
Jelas beberapa point di atas menunjukkan yang mana lelaki ini besar tanggungjawabnya. Bukan tidak boleh isteri mendidik suami, tetapi agak tidak berapa sesuai.
Kita ambil anologi yang mana setiap kepala-kepala yang memimpin akan menjadi rujukan utama anak-anak buahnya untuk melaksanakan kerja atau untuk mengambil taujihat (kata-kata motivasi). Anak-anak buah juga akan mengikut segala arahan ketua mereka.
Oleh itu, ada hadith yang menyebut:
“Setiap dari kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap dari pengembala (pemimpin) itu bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya

♥ Pesanan Ustaz Azhar Idrus ♥ 

By ; Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment