Saturday, 2 February 2013

Nazmi Faiz Sudah Pulang Ke Malaysia! Kenapa?


Assalamualaikum and Salam Sejahtera..


Kontroversi twitter pemain Nazmi Faiz Mansor yang menjadi bualan ramai sehingga keputusan mengejutnya untuk kembali ke tanah air, dan dikhabarkan akan menyertai pasukan liga Super, PKNS FC.
Minggu ini nama Nazmi Faiz memang menjadi sebutan. Isnin lepas Nazmi telah mencipta kejutan apabila tweet tentang bekas temani wanitanya, Tengku Norshufilla atau lebih dikenali dengan nama Tengku Fiella, mendakwa wanita itu ada hubungan dengan Aidil Zafuan. Nazmi telah memadam tweets tersebut dan meminta maaf dari Aidil Zafuan yang menafikan dakwaan tersebut.
Semalam Nazmi telah pulang ke Malaysia, bagaimana pun,kepulangannya tidak diketahui oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dia dikatakan akan bermain untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan menandatangani kontrak dengan mereka hari ini dan bukan lagi dengan pasukan Portugal, S.C. Beira Mar.
Kosmo! hari ini melaporkan yang bapa Nazmi, Mansor Mustapha menafikan kepulangan Nazmi ialah kerana masalah peribadinya, oleh itu, ia tidak kena mengena dengan Tengku Fiella.
Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu.
Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga.
Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini.
Sebelum ini,Tengku Fiella juga menafikan dakwaan Nazmi, dan mendakwa tidak kenal Aidil Zafuan. Dia turut menambah Nazmi tweet begitu kerana sikapnya yang kuat cemburu dan Fiella tidak melayan panggilan-panggilan yang dibuatnya.
Fiella turut mendakwa, ia juga boleh jadi kerana Nazmi mempunyai masalah kerana tertekan dengan tanggungjawabnya di Portugal.
Lokasi sebenar Nazmi Faiz ketika ini juga dirahsiakan oleh keluarganya, yang mendakwa semuanya akan diperjelaskan dalam sidang akhbar yang telah dirancang.
Secara jujurnya, kepulangan Nazmi ke Malaysia bagi meneruskan kareernya di sini adalah satu keputusan yang mengejutkan semua pihak, sama ada Ong Kim Swee, FAM mahupun peminat bola sepak tanah air. Pastinya ada sesuatu yang berlaku antara Nazmi, ejennya Marco, kelab Beira Mar dan PKNS FC. Mungkin ada arrangement di antara mereka yang sudah dirancang, namun tidak pasti apakah perancangannya kerana kesemua pihak memilih untuk berdiam diri kecuali PKNS FC yang terus memaklumkan kejayaan mereka mendapatkan ‘wonderkid’ kita di akhbar tempatan.

Secara peribadinya, penulis dari satu sudut berasakan bahawa ini bukanlah satu langkah kehadapan yang diambil olehnya. Ini adalah a backward step yang dibuat olehnya untuk kembali beraksi di Liga Super. Hanya Nazmi yang tahu jawapannya kenapa dia memilih untuk kembali ke Malaysia dan memilih untuk beraksi di PKNS FC. Apa akan terjadi kepada FC Beira Mar nanti? Itu persoalan pokok yang perlu dihuraikan oleh Nazmi dan ejennya, bukan PKNS FC. Sekiranya Nazmi mengalami home sick, langkah yang bijak adalah dengan meminta satu break sebentar kepada FC Beira Mar, berehat di Malaysia sebelum pulang semula. Selepas itu boleh dibuat arrangement untuk membawa seorang warganegara Malaysia, mungkin ahli keluarganya, serta tukang masak dari Malaysia untuk menemaninya di sana bagi mengubat kerinduannya di Malaysia, seperti yang dibuat oleh pemain2 Jepun sewaktu awal2 mereka ke Eropah. Mereka membawa seorang translator dan tukang masak dari Jepun bagi mengelakkan isu homesick ini berlaku. Adakah akan ada lagi peluang baginya untuk beraksi di Eropah?
Namun semuanya sudah terlambat kerana Nazmi sudah pun berada di Malaysia..
Latest Photo of Nazmi Faiz Mansor

P/S: Menunggu penjelasan lanjut daripada Nazmi & ejennya
By : Nur Azira Jusoh

No comments:

Post a Comment