Tuesday, 26 February 2013

Kita berkawan ni untuk apa?


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...


Salam wbt.

Dalam berkawan dan bersahabat,
Ada 1 mende yang perlu kita luruskan.
iaitu hati kita.

Kalau kita berkawan,
Biarlah semata-mata kerana Allah,
Tanak kawan kita buat dosa,
Nak kawan kita jadi orang bertaqwa dan lain-lain.

Berfikirlah dengan cara fikir seorang hamba..iaitu..
"Berfikir untuk memberi, untuk berkorban, untuk berinfaq, untuk berbakti,"
"Bukan berfikir untuk memperoleh sesuatu, untuk dilayan sebaiknya, untuk itu dan untuk ini."
Sebab itulah ada sesetengah orang bila berkawan, dia hanya tahu
nak cari untung sahaja. Ada kepentingan barulah dia cari kawan dia.
Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi.

Kalau kita asyik harap sesuatu dari persabahatan juga, kita akan naik gila dan tak puas hati.

Kerja kita sebagai hamba Allah memang kena memberi,
Kemudian bila Allah nak bagi, terpulang kepada Allah.
Allah boleh bagi ramai manusia sayangkan kita,
Allah boleh bagi ada orang ambil berat tentang kita,
Allah boleh bagi macam-macam..
Jadi apa yang perlu dirisaukan bila kita dah buat bahagian kita.
Bahagian Allah, Allah lah yang sempurnakan.
Betul tak?
By : FRESHIE

No comments:

Post a Comment