Thursday, 15 March 2012

TEKS SAJAK :- KECEK-(V) AWANG ABDULLAH

MAKSUD SAJAK
RANGKAP 1 : Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank yang terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkanhak milik orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
RANGKAP 2 : Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan  untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ehsan daripada orang lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.
RANGKAP 3 : Seorang nelayan di kawasan pantai mencari rezeki di laut yang saban hari bergantung pada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut yang sudah sebati dengan jiwanya.
RANGKAP 4 : Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadali diakhirat kelak.
 
TEMA
Kejujuran merupakan satu amanah yang sangat tinggi nilainya
 
PERSOALAN
Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga sanggup menipu orang lain
Kesenangan hidup yang diperoleh daripada sumber rezeki yang tidak berkat
Kepayahan hidup kaum tani yang dilalui dengan tabah
Kegigihan kaum nelayan menacari rezeki yang halal
Setiap perbuatan baik dan buruk akan menerima balasan daripada Allah S.W.T
 
BENTUK SAJAK
Berbentuk bebas
Terdiri daripada empat rangkap
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lapan baris, rangkap kedua mengandungi sebelas baris, rangkap ketiga mengandungi dua belas baris dan rangkap keempat mengandungi lima baris
Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara satu hingga lima patah kata dalamsatu baris.
Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada tiga hingga belas suku kata
Rima akhir
RANGKAP 1 :- abbcdeba
RANGKAP 2 :- abcdccefccd
RANGKAP 3 :- abcccbebcfgc
RANGKAP 4 :- abcbd

GAYA BAHASA
~Diksi (pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan)
dia mencantum kemiskinan - rangkap 1, baris 5
Tuhan tidak pernah mungkir - rangkap 4, baris 1
~Personifikasi <pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak >
di rahang laut ternganga - rangkap 3,baris 4
~Perlambangan atau imejan (perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang)
di rumah keadilan - rangkap 4,baris 5
~Metafora <pemakaian kata-­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan)>
pagar sengsara - rangkap 2, baris 6
pusaran nasib - rangkap 3, baris6
papan hidupnya - rangkap 3, baris 12
~Sinkope <pemendekan sesuatu kata dgn menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata>
tapi dia tidak pernah mengumpul - rangkap 3, baris 7
~Pengulangan atau Repitisi <hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi>
membuka akaun semasanya -rangkap 1, baris 2
membuka akaun kemiskinannya - rangkap 2, baris 3
membuka akaun sengsaranya - rangkap3, baris 3
 ~Asonansi <perulangan bunyi vokal yg sama atau yg hampir sama dlm kata-kata yg berderet>
Pergulangan bunyi vokal a
-tetapi dalam diam - rangkap 1, baris 4
ii. Pergulangan bunyi vokal e
-seorang petani - rangkap 2,baris 2
iii. Pergulangan bunyi vokal i
-di ruang kedaifan - rangkap 2, baris 4
iv. Pergulangan bunyi vokal u
-berlumut - rangkap 3, baris 11
~Alitersi < pergulangan bunyi konsonan>
i. Pergulangan bunyi konsonan g
- seorang pengarah -rangkap 1, baris 1
ii. Pergulangan bunyi konsonan k
- mencatatkan setiap angka - rangkap 4, baris 2
iii. Pergulangan bunyi konsonan n
- kekayaan orang lain - rangkap 2, baris 8
iv. Pergulangan bunyi konsonan t
- Tuhan tidak pernah mungkir - rangkap 4, baris 1
 
NADA
-Bernada melankolik <berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (berkenaan (dengan) perasaan, wajah seseorang, dan sebagainya), dukacita, sugul>
Menggambarkan kesengsaraan petani dan nelayan untuk meneruskan lehidupan demi menyara keluarga
Menggambarkan sikap manusia yang berbeza dan ketegasan Allah dalam mengadali manusia
 
NILAI
Nilai kejujuran. Contohnya, jujur dalan melakukan sebarang perbuatan
Nilaiketabahan. Contohnya, seorang petani dengan tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan
Nilai kegigihan. Contohnya, seorang nelayan dengan gigih mencari rezeki di laut yang amat berbahaya demi sesuap nasi
Nilai keadilan. Contohnya, Allah amat adil dalam menilai setiap amalan baik dan buruk manusia
 
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersikap jujur dan amanah dalam melakukan setiap perkara
Kita janganlah mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain demi kesenangan diri
Kita haruslah tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan
Kita mestilah gigih berusaha demi memperoleh rezeki yang halal
Kita harus sedar akan balasan Tuhan bagi setiap perbuatan kita di akhirat kelak

No comments:

Post a Comment