Friday, 12 August 2011

Cikgu dan Kami

Kalau cikgu bersembang,
Cikgu bertukar fikiran,
Kalau kami bersembang,
Kami cakap yang bukan2.

Kalau cikgu berbual,
Cikgu bincang isu semasa,
Klau kami berbual-bual,
Kami bincang artis popular.

Apabila cikgu melawa,
Cikgu jadi berkeyakinan,
Apabila kami melawa,
Kami nak mengorak jejaka idaman.

Kalau cikgu senyum,
Cikgu seorang yang mesra,
Kalau kami senyum,
Senyum kami ada makna.

Apabila cikgu menulis,
Cikgu buat laporan pelajaran,
Apabila kami menulis,
Kami tulis surat yang bukan2.

Apabila cikgu pejam mata,
Cikgu renung silapnya dimana,
Apabila kami pejam mata,
Kami tidur 'Itu jawabnya!

Kalau cikgu membakar,
Cikgu bakar sampah belakang sekolah,
Kalau kami membakar,
Kami bakar harta benda sekolah.

Apabila cikgu bermadah,
Kata2 cikgu indah,
Apbila Kami bermadah,
Kata2 kami bawa padah.

Kalau cikgu ke tandas,
Cikgu kemaskan diri,
Kalau kami ke tandas,
Kami lari daripada subjek yang dibenci..

No comments:

Post a Comment